Friday, April 1, 2011

bukan mukaddimah

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah novel tak seberapa saya ni sudah ada pembaca. asalnya mahu senyapkan dulu pembikinan novel ni sebab tak yakin sangat ada yang nak baca. perancangan awalnya mahu habiskan semua chapter dulu baru hebah-hebahkan. Namun kuasa Allah, apa yang dirancang terlebih dahulu dirancang oleh Yang Maha Merancang, yang lebih bijak merancang dan paling bagus perancangannya.

Maka kali ni saya tak kisah, ada pembaca ke tak ada ke, saya rasa patut menghebahkannya supaya ada yang tahu kewujudannya, ada yang berminat mengikutinya dan seterusnya ada yang menyebar-nyebarkannya. Kerana inilah tujuan asalnya pun, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu palestin.

Terlebih dahulu ampun maaf dipinta jika apa yang dinukilkan di sini tidaklah seberapa dan tidaklah mengikut citarasa masing-masing. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang berkelulusan tinggi dalam bidang penulisan. Menulis hanyalah sebuah minat yang dipupuk oleh cikgu2 bahasa sejak di zaman sekolah. Memandangkan bidang saya kini tidak menekankan hasil penulisan, maka saya tak mahu bakat yang diasah dan dicungkil oleh cikgu2 sejak zaman sekolah ni terbiar berkarat begitu sahaja. Oleh itu saya constantly menulis dalam apa sahaja topik yang saya mahu kongsikan dalam blog saya.

Menyedari bahawa minat dan bakat penulisan ini adalah anugerah pinjaman ilahi, sebagai tanda syukur, biarlah kebolehan ini saya salurkan untuk agama tercinta saya ni. Saya tidak pandai bercakap, tidak pandai mengangkat senjata, tak pandai ilmu agama, tak pandai serba-serbilah. tapi saya pandai membaca dan boleh menulis. dua kebolehan ini saya sinergikan untuk menghasilkan sebuah karya yang boleh membawa faedah kepada pembaca-pembaca dan menguntungkan agama saya.

ingin saya beri amaran di sini, saya bukanlah seorang penulis. jauh sekali seorang karyawan, seniman dan seumpamanya. saya hanyalah hamba Allah yang ingin lakukan sesuatu untuk umatnya yang makin lelah. yang ingin lakukan sesuatu buat ubat kelelahan iman diri sendiri juga. Saya tidak harapkan pembaca suka dengan hasil tulisan saya. Apa yang saya harapkan adalah mesej yang saya nak sampaikan jelas dan sampai ke dasar hati pembaca. Maka kritikan membina pembaca amatlah saya harapkan supaya mesej tersebut menjadi tajam dan menusuk kalbu. Kritikan anda juga pastinya diganjar Allah, insyaAllah. Biarlah usaha untuk membebaskan bumi palestin ini kita kerahkan dan usahakan bersama, berkongsi saham buat menempah tiket ke syurga, ameen~

Nama Saya Mujahid, sebuah 'projek' besar saya tahun ini, sebuah novel khas buat saudara-saudaraku di Palestin. Semoga dengan menulis novel ini, banyak pengajaran boleh kita kongsikan bersama dan khasnya buat diri saya sendiri, semoga bertambah ilmu tentang isu palestin. Do not be an ignorant because we are the people of Muhammad. Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa kita semua bersaudara atas nama Allah.

Ukhwah fillah buat semua yang membaca. Read, ponder, critic and comment :)

p/s: ini bukan mukaddimah sebab ia muncul di tengah2 cerita. huhu

2 comments:

  1. mashaAllah, tabarakAllah! sgt best jalan cerita hingga kini. akak baru abis chapter 7. alhamdulillah, adik dikurniakan bakat menulis yg baik dr Allah, dan digunakan utk tujuan yg amat baik dan mulia, subhanAllah.. teruskan usaha ni.

    gaya penulisan santai, menarik, best n mesej sampai. ada kelainan. meremang juga bulu roma akak baca. so insyaAllah something touched me from your writing. =)

    akak masih belum habis baca. so x leh nak nilai sgt. but from what i read stakat ni, mula2 pening sket sbb kejap mujahid yg di malaysia tu kecik, kejap dia besar, pastu kecik balik. mungkin ada unsur flashback sbnrnye yg tak dihighlightkan. tp mungkin tu gaya penceritaan yg ada kelainan, yg mungkin awk akan ketemukan pd 1 titik nnt. hehe. pape pun, still menarik, n akak faham je.

    dr segi content, mesej sampai insyaAllah. menarik, sbb bukan saja isu Palestin yg diketengahkan, tp juga isu2 ummah yg lain mcm lupa tujuan hidup, anak singa dikijangkan, couple etc. juga disertakan bagaimana si Mujahid Malaysia tu kembali ke pangkal jalan. n mcm mana ibu Mujahid ajar dia Islam yg syumul. content n jalan penceritaan menarik stakat ni. =)

    so keep up d good work adik! ^_^

    ReplyDelete
  2. eh tsalah. *baru habis part 8 td* hehe, ok nak teruskan baca~ ;)

    ReplyDelete