Friday, December 2, 2011

part 14


Ya Allah, rupanya tanpa aku sedari, telah lama aku menyepikan diri daripada dakwah dan tarbiah. Dunia telah mensibukkanku dengan janji-janji indahnya yang memperdaya. Aku leka dalam duniaku sendiri ya Allah. Mindaku dalam diam mencongak-congak tempoh 'hibernasi'ku dalam dunia dakwah dan tarbiyyah. Hampir 13 bulan. Astaghfirullahal 'adzim. 13 bulan lamanya! Ya Allah, aku belum pun lagi bergelar Medical Officer (MO) tapi lagak sibukku mengalahkan pengarah hospital! Sedetik itu, rasa malu mengerumuniku. Betapa aku hamba yang mudah lupa. Begitu senang terbuai dengan kesibukan dunia.

Tak ada siapa ke yang contact aku dan mengajak-ajak aku ke program? Aku cuba mengingat-ingat. Ah..selalunya ada tapi aku bagi alasan sibuk. Err dan kemudian aku sendiri menukar sim card. Nombor telefon baru. Jadi tiada siapa yang dapat menghubungiku lagi. Ya Allah, bukan salah dunia. Aku sendiri yang memilih untuk meminggirkan diri sendiri daripada perjuangan ini. Aku sendiri yang segera berasa lemah dan cepat mengalah. Astaghfirullah..setelah ujian demi ujian yang aku hadapi dalam dunia tarbiyyah dan dakwah ini, akhirnya aku tewas dengan kesibukan sebagai seorang House Officer (HO). Kecilnya jiwaku ya Allah. Mungkin juga aku merasa diri sendiri sudah cukup baik. Tak perlu lagi ditarbiyyah. Almaklumlah aku sudah menjadi ahli penggerak dalam kumpulanku. Aku tak pernah miss apa-apa program pun. Setiap kitab berjaya aku bedah siasat bersama ahli kumpulanku. Macam-macam program telah aku kendalikan. Ya, aku telah diserang jangkitan paling merbahaya buat seorang pendakwah. Penyakit ujub. Mungkinkah telah merebak menjadi riyak? Nauzubillahi min zalik.

Ya Allah..sudah jauh aku tersasar daripada niat asalku, ya Allah..Ampunkan aku ya Allah. HambaMu ini lemah lagi tidak berdaya. Mudah pula melupakan janji-janjinya kepadaMu. Ya Allah, Engkaulah yang telah menyelamatkan aku daripada terus lena dalam fatamorgana. Engkau telah memilih aku untuk berada dalam saf-saf orang yang mahu berjuang untuk agamaMu. Itulah semulia-mulia tempat yang pernah Kau tempatkan ya Allah. Namun aku culas. Aku leka dan lalai. Aku tidak menghargai nikmat yang Kau berikan. Ampunkanku ya Allah...

Aku menghampiri Mujahid dan duduk di birai katil. Wajah jernihnya kuamati. Airmata masih mencurah-curah mengenangkan dosa-dosa sendiri. Hanya dengan kehadirannya, ya Allah..Kau bangkitkan suatu rasa rindu yang mendalam dari jiwaku. Terima kasih kerana menghantar tetamu berharga ini, ya Allah.

Seketika, wajah Mujahid yang tenang itu tiba-tiba berubah mendung. Dahinya berkerut. Aku menggenggam tangannya. Erat. Sukar untuk aku mentafsir riak wajahnya.

"Apalah yang sedang kau lalui di alam sana, Mujahid. Bangkitlah! Kau kena berjuang! Siapa pun awak, saya percaya awak seorang pejuang!" Tangannya kulepaskan. Aku bangkit dari katil untuk meneruskan tugasku kepada pesakit lain.

"Mujahiiiiiiiid!!!" Aku menoleh. Mujahid panggil aku?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 jiwa bertemu dan bersatu dalam satu genggaman.


Part 13


Saya melihat satu persatu manusia rebah dihentam peluru zionis laknatullah. Airmata kanak-kanak yang kehilangan ahli keluarga pada saat itu seakan sudah kering. Sekering tanahnya yang sudah lama tidak menerima air hujan. Dengan kekuatan yang luarbiasa mereka mara menghadap musuh yang lengkap bersenjata. Saya panik. Senjata kami telah dirampas musuh.

"Tanah ini sudah sekian lama hanya dibasahi darah para mujahid fi sabilillah!" Pekik Mujahid di sisiku. Dia lalu duduk mencangkung, menggenggam batu-batu kerikil bersama pasir-pasir. Dia melangkah laju ke hadapan, menyertai rakan-rakannya untuk berhadapan dengan musuh.

"Tanah ini pasti akan menghancurkan kamu yahudi yang dilaknat!!" Kebencian jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu. Saya masih ingat beberapa ketika yang lalu kami duduk bersama menuntut ilmu, bergelak ketawa, bersenda gurau malah kami disuburkan dengan rasa kasih sayang. Tiada langsung disemarakkan rasa benci kanak-kanak ini kepada musuh. Mungkin kerana rasa benci itu sudah lama ada. Tidak perlu diungkit dan disemarakkan berkali-kali. Selagi punya masa untuk berkasih sayang, buat apa digunakan masa yang sedikit itu untuk melayan rasa benci dan dendam. Kebencian terhadap musuh akan lahir dengan sendirinya bila kecintaan mereka terhadap agama Allah dan tanah suci Palestin dicabar.

"Allahuakbar!!" kanak-kanak di hadapan saya dengan penuh berani berlari ke arah musuh sambil melaungkan takbir tanpa henti. Subhanallah. Dari manakah datangnya kekuatan dalam jiwa mereka? Saya hanya tercegat di sini. Tidak mampu berbuat apa. Saya masih sempurna anggota badan. Saya masih berfikiran waras. Saya tidak mengalami luka-luka barang sedikit pun. Saya tidak kehilangan apa pun. Sedangkan kanak-kanak itu sudah runtun hatinya melihat ibubapa dan adik beradik serta kaum kerabat mereka dibedil dengan dasyat di hadapan mata mereka sendiri. Kanak-kanak itu malah ada yang tangan dan kakinya telah ditembus peluru, darahnya memancut-mancut keluar. Namun kekuatan yang luarbiasa membuatkan yang sudah tempang terhinjut-hinjut laju mara mengahadap musuh. Yang sudah terbaring namun masih nyawa-nyawa ikan tidak mahu ketinggalan, cuba untuk mengengsot, mengerah segala kudrat yang ada, berjuang hingga akhir nafas!

Saya? Ya Allah saya masih di sini, bak patung cendana! Seolah-olah tiada peranan, hanya menjadi hiasan. Hiasan yang tiada nilainya dalam babak perang ini. Sedangkan pokok pun boleh dijadikan tempat berteduh atau berlindung. Namun..namun...saya lebih hina daripada pokok! Mujahid! Bukankah kau kata kau nak berada di Palestin, berperang jiwa dan raga bersama para pejuang agama Allah? Tapi kau di sini, hanya sebagai pemerhati? saksi? patung cendana? Ah, sungguh hina keadaan kau sekarang, Mujahid!

Laungan takbir terus bergema di langit yang dipenuhi asap. Kanak-kanak yang mara sebentar tadi sudah ada syahid. Tentera-tentera zionis juga ada yang lari lintang pukang setelah dibaling dengan bebatuan kerikil daripada kumpulan kanak-kanak tadi.

"Lari, Mujahid! Lari!!!!" Teriak Mujahid si pejuang cilik palestin kepada saya. Saya hanya tercengang. Saya masih kaku. Mujahid berlari ke arah saya dan menarik tangan saya.

"Mujahid, kau kena berjuang! Bangkit Mujahid!" Dia masih berteriak kepada saya. Tangan saya dia genggam erat. Tiba-tiba genggaman tangan kami terlepas. Seorang tentera zionis telah menarik Mujahid daripada saya. Saya lihat Mujahid teruk dikerjakan. Datang lagi seorang tentera yang membelasah Mujahid daripada belakang. Hanya lafaz takbir yang terbit daripada bibir Mujahid. Tangan Mujahid dipijak-pijak. Wajahnya ditampar-tampar dan ditumbuk-tumbuk sehingga memancut darah. Mujahid diperlakukan seperti binatang. Kenapa harus kanak-kanak yang sekecil itu dikerjakan oleh 4 orang dewasa? Muncung senapang kini dihalakan ke arah kepala Mujahid.

"Mujahhiiiiiiiidddddd!!!!!"


Monday, October 3, 2011

part 12


Nama dia Mujahid. Sama dengan aku. Kami sama-sama lelaki. Aku agak ketinggian kami lebih kurang sama. Cumanya dia lebih muda daripada aku. Dan kini dia terbaring lemah di hadapanku. Tapi melalui cerita-cerita mereka yang menziarahnya, dia ternyata tidak selemah jasad yang terbaring di hadapanku ini. Aku mungkin sedang berdiri sekarang. Aku mungkin kelihatan lebih bertenaga dan kuat berbanding the other Mujahid in front of me. Tapi aku yakin kegagahan jiwa dia lebih kuat menyerlah berbandingku.

"Saya ni bukanlah rapat sangat dengan pesakit ni, doktor. Saya cuma selalu jumpa dia kat kedai runcit, kadang-kadang kedai mamak. Dia selalu bertanya soalan-soalan aneh kat kami. Dan sebelum balik dia akan suruh kami buka al-Quran untuk cari jawapan sebenarnya. Boleh kata saya baru jumpa dia dalam 2-3 kali camtu je." Jawab si lelaki berambut kerinting sambil menggaru kepalanya apabila ditanya apakah hubungannya dengan pesakit sebaik sahaja pesakit berjaya distabilkan melalui rawatan di hospital.

"Saya rasa kamilah orang yang terakhir yang bersama dengan pesakit ni. Macam biasa dia tengah tanya-tanya soalan kat kami. Lepas tu dia minta izin nak balik. Dia nampak normal je, doktor. Tak nampak langsung tanda-tanda dia tengah sakit ke apa. Dia jalan kaki je balik rumah. Kebetulan kami lalu jalan sama. Dari jauh saya nampak dia jalan macam orang mabuk je, doktor. Hairanlah jugak, takkan mabuk kot. Tiba-tiba dia rebah. Tu yang kami terus bawa dia ke sini. Kami tak tahu rumah dia kat mana, so kami terpaksa guna telefon bimbit dia untuk cari nombor ahli keluarganya. Nasib baiklah tak susah. Nama 'abah' nama yang pertama keluar dalam list contacts dia, doktor." Terang si kaca mata 'old skool' dengan panjang lebar. Aku mengangguk tanda faham.

Sejak itu aku sedar Mujahid yang berada di depan mataku ini bukan calang-calang orangnya. Banyak juga yang aku bualkan dengan ibubapa Mujahid. Menurut ibunya, jiran-jiran di taman perumahan sudah mula rindukan suara Mujahid mengalunkan azan. Wad ini juga tak putus-putus dikunjungi pelawat yang merindui Mujahid dan risau akan keadaannya. Melihatkan sahabat handai yang datang berkunjung, ternyata juga Mujahid bukan remaja biasa. Alunan surah al-baqarah dan surah yasin dari bilik yang menempatkan Mujahid sentiasa mengisi ruangan bilik itu pada setiap hari. Terdapat dua orang sahabat Mujahid yang telah menjadi pengunjung tetap wad ini. Nu'man dan Ikram. Merekalah yang tidak putus-putus membacakan surah al-baqarah serta surah-surah lain jika berkesempatan. Dan lebih mengkagumkanku, mereka merupakan penghafaz ayat-ayat al-Quran.

Sudah dua minggu Mujahid terlantar di sini. Selama itu juga hatiku tenang dan senang merawatnya. Meski jasadnya kaku tidak bergerak, namun aku dapat merasa ada tolakan dalam jiwaku sendiri. Melihat wajahnya, aku merasa tenang. Menjejakkan kaki ke biliknya pula menghadirkan suatu rasa yang sukar diungkap. Rindu mungkin? Ya, rindu yang terlalu dalam. Yang apabila disentuh, membekas di kalbu. Allah...perasaan apakah ini..Aku rindu....

Aku terduduk di suatu sudut. Membelek fail Mujahid. Cerebral Hypoxia (kekurangan oksigen di dalam otak). Mengikut pemeriksaan perubatan yang dijalankan, Mujahid diserang lelah. Sesak nafas lalu menyebabkan bahagian otak tidak mendapat bekalan oksigen yang sempurna. Mujurlah Mujahid segera dihantar ke klinik dan diberi bantuan bekalan oksigen. Mengikut rekod yang tertulis, tempoh masa antara Mujahid tumbang dan seterusnya diberikan bantuan oksigen tak melebihi lima minit kerana kebetulan Mujahid pengsan tak jauh dari klinik. Sel-sel otak pula kebiasaannya akan mati apabila tidak mendapat bekalan oksigen selepas lima minit. Sepatutnya Mujahid tidak koma sampai 2 minggu macam ni. Apa yang menghalang Mujahid daripada bangun daripada lenanya, ya Allah? Buntu rasanya apabila memikirkan puncanya.

Aku kembali memandang Mujahid. Subhanallah. Sungguh ada semacam cahaya yang mengelilingi seluruh tubuhnya. Rasa rindu itu bertandang kembali. Tekak terasa perit dan berpasir menahan suatu rasa. Sebak. Tak semena-mena butir-butir jernih yang hangat mengalir di pipi. Memori indah datang menyapa ingatan. Senyuman mesra sahabat-sahabat yang berkumpul dalam bulatan yang kami panggil bulatan gembira. Senyuman yang mendatangkan semangat dalam hati, menebarkan ketenangan yang tersendiri dan memberikan kekuatan yang tidak disangka-sangka. Genggaman erat tangan-tangan kami sewaktu bertemu, seolah-olah mengalirkan virus-virus cinta yang menjadi sebati dengan ukhwah yang kami bina atas dasar bersama-sama memperbaiki diri menjadi hambaNya yang lebih baik. Setiap butir kata-kata yang keluar adalah nasihat dan peringatan yang menyentuh lembut setiap sudut hati ini. Tiba-tiba tubuh terasa hangat bila pelukan para ikhwah singgah dalam memori. Masakan aku boleh lupa betapa dengan pelukan-pelukan itulah aku mendapat semangat baru untuk terus bangkit daripada jatuhku, untuk menahan asaku daripada putus di tengah jalan dan juga dalam pelukan-pelukan itulah airmata jantanku ini menitis dalam sendu yang sepi, menangisi perpisahan dan juga segala penat jerih bersama saudara-saudara seakidahku dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini.

dakwah dan tarbiyyah. usrah dan daurah. murabbi dan naqib. mukhayyam dan muasykar. jaulah, MABIT dan khatibah.

Ya Allah! inilah yang aku rindu-rindukan selama dua minggu ini rupanya!

Airmata tak payah cerita. Mencurah ibarat Niagara Falls.

Manusia itu sifatnya pelupa.


Friday, April 8, 2011

part 11


Saya dan Mujahid berjalan merentas bangunan demi bangunan, saya sungguh tak tahu ke mana tujuan saya. Kata Mujahid, itulah etika seorang pejuang, perahsia! Tak boleh berkata sesuka hati. Rahsia pasukan amatlah berharga. Malah mereka sendiri berahsia identiti sesama sendiri bila di medan juang. Kata Mujahid, mereka sendiri tak tahu bagaimana rupa ketua mereka. Ketua amatlah dilindungi pasukan al-Qassam, menurut Mujahid. Kerana ketua merupakan matlamat terbesar anggota musuh. Oleh itu setiap kali berjumpa ketua, ketua akan menutup muka dengan kain dipanggil kafiyeh. Segala strategi perang dan kawasan kubu dirahsiakan dan diberikan kod-kod. Pernah satu ketika pengkalan mereka diketahui musuh dan diserang. Habis segala senjata dan tempat membuat senjata musnah bersama. Sejak itu mereka memisahkan kubu latihan dengan tempat membuat senjata dan tempat menyimpan senjata. Sekurang-kurangnya tidaklah rugi teruk jika diserang musuh.

Strategi itu berhasil bila pernah tentera Israel tersilap mengebom bangunan yang sebenarnya kosong! Menurut Mujahid juga, setiap anggota yang ditugaskan menggali terowong mestilah diam dan tidak mendedahkan identiti masing. Macam tulah perahsianya anggota al-Qassam.

Kaki masih melangkah. Saya pandang kiri dan kanan. Sengsaranya bumi palestin tapi rakyatnya masih gigih meneruskan hidup dengan berniaga, bersekolah...eh kenapa Mujahid bawa aku ke sekolah?

"Kita dah sampai. Mari dengarkan ilmu." Saya memandang wajah Mujahid dengan penuh tanda soal di mata.

"Kami pun manusia. Kami juga ingin menuntut ilmu. Pejuang Allah tak boleh statik. Bila ada peluang, kena menuntut ilmu. Pada waktu ini yang dewasa akan terus berkawal dan mengatur strategi manakala anak muda akan pergi menuntut ilmu. Sambil-sambil tu memerhati dan melaporkan keadaan setempat." Terharu saya rasa. Walaupun dalam keadaan susah-payah macam ni, anak-anak palestin masih mengejar ilmu. Apa yang terjadi dekat anak bangsa saya?

"Kamu tahu di mana boleh kita mendapatkan taman-taman syurga di dunia ini?" Soal Mujahid, melarikan lamunan saya. Saya menggelengkan kepala. Tak tahu.

"Di majlis ilmu." Mujahid tersenyum dan mempelawa saya duduk di sebelahnya. Subhanallah. Saya pun nak selalu pergi majlis ilmulah macam tu! Duduk di taman-taman syurga. Bestnya!!

Saya, Mujahid dan beberapa kanak-kanak yang lain sedang tekun mendengar ceramah seorang guru berkaitan iman. Seseorang kenalah sentiasa meletakkan keyakinannya kepada Allah, tiada yang lain. Setiap apa yang terjadi berlaku dengan izin Allah, dengan pertolongan dan kuasa Allah. Maka kepada siapa lagi harus kita yakin dan meletakkan harapan? Hanya Allah. Saya melihat Mujahid menulis sesuatu di atas buku yang kelihatan agak tebal dan lusuh berwarna perang kekuningan, seperti karat. Tulisan Mujahid kemas. Sesekali bila muallim berkata tentang sesuatu, dibelek-beleknya halaman yang lalu, menambah sesuatu pada tulisan yang lama..Notanya penuh. Kelihatan tanda-tanda anak panah di sana-sini menunjukkan ada nota tambahan. Kagum. Tiba-tiba Mujahid mengoyakkan salah satu halaman muka suratnya dan memberikannya kepada saya.

"Nah, ambillah. Ilmu itu akan hilang jika tidak ditulis melainkan jika kau bukan seorang manusia." Mujahid menyerahkan sebatang pensil kepada saya. Saya tersenyum. Terima kasih Mujahid. Banyak yang saya belajar daripada awak.

Tiba-tiba kedengaran suara jeritan dari jauh. Bau hangit segera hinggap ke hidung saya. Sesaat itu, sebuah bebola api jatuh di hadapan bangunan sekolah. MasyaAllah, saya terpaku. Bangunan itu tadinya berdiri gagah. Orang-orang di dalamnya sedang berniaga dan berjual beli. Kini bangunan itu seolah-olahnya tak pernah wujud lagi. Yang tinggal hanya bebatuan yang hancur bergabung bersama dengan tanah.

Seluruh bilik darjah menjadi kecoh. Muallim tadi menyuruh kami lari menyelamatkan diri. Keluar saja daripada bangunan, saya mendengar bunyi yang berdesing dari jauh. Turut hadir bersama bunyi ialah angin yang berpusar dengan agak kuat.

"Itulah pesawat Apache Israel yang telah membunuh ketua kami, Dr Abdul Aziz Al-Rantisi!" Pekik Mujahid. Dr Abdul Aziz Al-Rantisi, saya macam pernah dengar nama itu. Tak silap saya, saya pernah menonton videonya yang dimainkan oleh kakak saya. Kata-katanya yang masih saya ingat "It's death whether by killing or by cancer; it's the same thing. Nothing will change if it's an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache."

Subhanallah Allah telah mengabulkan doanya untuk syahid. Semoga Allah kabulkan doa saya juga.

Saya, Mujahid dan kanak-kanak lain berlari sekuat hati. Menjauhi Israel laknatullah. Walaupun bersenjata tetapi Mujahid melarang menggunakannya.

"Gunakan bila terdesak."

---------------------------------------------------------

Aku memerhatikan Mujahid dari sisi katilnya. Detak jantungnya menjadi semakin rancak. Kemudian tiba-tiba tenang dan rancak semula. Apalah yang sedang dialaminya di alam mimpi sana. Aku sering terfikir tentang misteri pesakit koma. Macam-macam reaksi yang boleh aku perhatikan. Selalunya tenang. Kadang-kadang rentak jantung seolah berlari-lari laju di skrin mesin. Ada juga pesakit yang tiba-tiba terbit airmata di kelopak mata. Misteri. Membuat aku selalu mengalah bahawa ilmu aku masih sedikit meskipun aku menghabiskan seumur hidup untuk menuntut ilmu. Masih ada bahagian ilmu yang masih dihijab Allah.

Aku mencatat paras glukos Mujahid. Alhamdulillah stabil. Masih lagi segar di ingatan saat aku menerima Mujahid sebagai pesakit. Sejak itu aku terus rasa tertarik untuk mengenal dan mendekati anak muda ini. Walau hanya terbaring tanpa sebarang reaksi fizikal, aku suka berada di sisinya. Seolah ada aura yang sangat positif. Melalui cerita orang-orang terdekatnya, aku jadi kagum. Secara tak langsung Mujahid banyak mengajarku.



Tuesday, April 5, 2011

part 10


Daripada panorama yang hitam tanpa cahaya, kelopak mata saya perlahan-lahan terbuka. Jalur-jalur cahaya melintasi ruang pandangan. Telinga pula mula menangkap bunyi. Bising dan bingit. Bunyi letupan meletus di sana sini. Saya melihat bumi ini seakan dihujani api. Di manakah saya? Jeritan-jeritan manusia mulai mendekati deria pendengaran. Di manakah saya? Manusia semuanya lari bertempiaran. Di manakan saya? Ya Allah, kiamatkah ini??

Bingung. Sesungguhnya saya bingung. Di mana saya? Kenapa saya di sini? Apa yang perlu saya lakukan? Saya berlari. Berlari tanpa arah. Melanggar sesiapa sahaja yang melintas dan menghalang jalan saya. Sampai satu sudut, larian saya terhenti. terdapat sebuah dinding yang amat tinggi seakan terbuat daripada konkrit menghalang pandangan dan perjalanan saya. Saya kemudiannya berlari ke arah yang berlainan. Dinding yang sama saya temui. Tanpa putus asa, saya terus berlari namun dinding yang sama tetap ditemui. Saya buntu. Allah! Di mana aku??!!

"Kau di Palestin." Seorang kanak-kanak lelaki berkulit putih mulus, wajahnya penuh cahaya kini berada di depan mata saya. Wajah itu saya amati dalam-dalam. Seperti pernah saya temui.

"Makanlah. Aku jumpa kau terlantar di tepi dinding pemisah Palestin-Israel. Sudah sehari semalam kau di sini." Saya tercengang. Bagaimana saya boleh berada di Palestin? Seingat saya, saya baru saja main perang-perang dengan Nu'man dan Ikram.

"Aku Mujahid. Siapa nama kau?" Tanya kanak-kanak Palestin itu. Alangkah terkejutnya saya, kini baru saya ingat siapa dia.

"Kau Mujahid? Yang dalam tv tu?" Saya menjadi sangat teruja dapat berjumpa dengan kanak-kanak yang saya rasakan bagai hero cilik tanah Palestin.

"Apa yang kau mengarut ni. Aku tak faham." Mujahid tersengih menampakkan baris giginya yang putih bersih. Saya terus bangkit dari pembaringan dan memeluk Mujahid.

"Nama aku pun Mujahid! Aku nak jadi kawan kau! Aku nak bersama kau untuk bebaskan Palestin!" Saya memeluk erat Mujahid. Saya tak sangka saya boleh berjumpa Mujahid. Saya masih tak faham macam mana saya boleh berada di sini namun kini saya tak peduli kerana harapan saya untuk bertemu Mujahid dan berada bersamanya di tanah Palestin kini telah jadi kenyataan.

"Haha. Susahlah macam ni. Nama kita serupa. Orang lain keliru nanti." Mujahid membalas pelukan saya dengan penuh keramahan tanda ikatan persahabatan yang baru.

"Aku Mujahid Malaysia, kau Mujahid Palestin. Tapi aku cemburu. Aku pun nak jadi Mujahid Palestin!" Saya melepaskan pelukan dan menyeluruhi wajah Mujahid, masih tidak percaya. Tubuhnya kecil sedikit daripada saya. Seingat saya Mujahid yang keluar di TV lebih muda daripada saya. Lebih muda, tapi lebih matang. Itu saya sangat pasti.

"Haha tak perlu cemburu. Kita berdua Mujahid Islam. Okey?" Saya tersenyum dan mengangguk. Mujahid menyuapkan makanannya kepada saya. Hanyalah sekeping roti kosong.
Kemudian saya meneguk air kosong buat melepaskan dahaga. Saya memandang sekeliling. Rupanya bukan saya dan Mujahid je kat sini! Seluruh bilik ini yang bermandikan cahaya lilin ini dipenuhi lelaki-lelaki yang berseragam tentera. Kebanyakan orang yang saya lihat sedang solat dan membaca al-Quran serta berzikir.

"Kat mana ni?" Saya bertanya kepada Mujahid.

"Inilah kem pasukan Hamas. Untuk beberapa hari ni kau akan bersamaku dalam kem ini."

"Hamas? Ape tu?"

"Hamas ialah salah satu sayap perjuangan Ikhwanul Muslimin dari Mesir, di asaskan oleh Sheikh Ahmad Yassin. Hamas berpusat di Gaza. Semua anggota Hamas ialah anggota terpilih. Bukan sembarangan orang dapat menganggotai Hamas dan bukan semua juga boleh berada bersama pasukan Izuddin Al-Qassam."

"Ikhwanul Muslimin? Izuddin Al-Qassam? Siapa semua tu?" Saya masih samar-samar dengan segala istilah yang diuucapkan Mujahid.

"Ikhwanul Muslimin tu ialah sebuah persatuan Islam yang diasaskan oleh Sheikh Hasan Al-Banna di Mesir. Persatuan ni mengumpulkan para muslimin dan muslimat yang nak kembalikan kegemilangan Islam di tengah-tengah kemelut ummah yang kucar-kacir sekarang. Kumpulan ini membentuk individu-individu muslim yang sejati melalui tarbiyyah islami (pendidikan) yang berterusan. Tarbiyyah ni dijalankan dalam bentuk kumpulan-kumpulan kecil dipanggil usrah. Macam sunnah nabi Muhammad waktu awal-awal Islam disebarkan dulu. Kau faham?"

"Oh..aku baru teringat ustazah pernah cerita yang dakwah Rasulullah SAW dimulakan secara berkumpulan yang kecil-kecilan dan secara sembunyi-sembunyi. Macam tu?" Mujahid mengangguk dan tersenyum.

"Ibu dan ayah pun selalu pergi usrah." Saya menambah. Buat sementara ingatan saya kembali kepada dua wajah ayah bonda tercinta. Setiap minggu saya lihat mereka pergi usrah. Kadangkala saya ikut juga. Yang seronoknya bagi saya ialah bila ramai-ramai kawan ayah dan ibu bawa macam-macam jenis makanan. Sedap-sedap belaka. Dalam majlis usrah tu saya lihat mereka mengaji al-Quran, berbincang-bincang dan akhir sekali jamuan makan. Sesekali saya ikut ayah pergi daurah dan qiyam di masjid. Ayah akan kejut saya solat tengah malam tapi biasanya saya bangun, duduk dan berzikir 2-3 minit kemudian saya sambung tidur.

"Bagus, maknanya kau faham. Sekarang Izuddin Al-Qassam pula. Al-Qassam ni ialah barisan tentera khusus untuk pejuang-pejuang palestin. Hanya anggota Hamas terpilih je yang boleh sertai. Kau dah faham sistem tarbiyyah tadi kan. Dalam hamas akan selalu ada perjumpaan berkumpulan. Setiap ketua akan memantau anak buah mereka. Mana yang bagus dan berkualiti akan ditarik masuk ke dalam sayap Al-Qassam." Aku tercengang mendengarnya. Kedengaran sungguh hebat dan bukan calang-calang orang boleh masuk sayap Al-Qassam.

"Orang yang masuk Al-Qassam ni kena ada rekod yang baik, hafal sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran, aktif hadiri perjumpaan di masjid, tinggi ilmu al-Quran dan hadithnya. Dan paling penting jugak, perahsia!" Mujahid menyambung lagi. Saya tambah kagum. Baru mahu bertanya lanjut lagi, Mujahid suruh saya mendiamkan diri dengan isyarat jari telunjuk di bibir. Mujahid melihat ke kiri dan ke kanan.

"Pertemuan ini hanya bagi mereka yang telah bersedia untuk syahid. Bagi yang belum bersedia, silakan keluar dan teruskan buat apa yang sedang kamu buat." Suara garau itu bergema ke seluruh ruang bilik. Gemanya memantul masuk ke dalam segenap urat nadi saya. Bulu roma meremang naik. Syahid? Bersediakah saya? Layakkah saya? Saya memandang ke sekeliling. Tiada seorang pun yang keluar dari bilik. Masing-masing setia di tempat duduk masing-masing. Pandangan semua tertumpu ke arah ketua yang bersuara tadi. Wajahnya samar-samar dalam cahaya lilin yang malap. Hanya susuk tubuhnya yang tinggi dan tegap sahaja yang boleh saya amati.

"Saya mahu syahid! syahid impian saya!" Saya laungkan semangat itu dalam hati saya. Seluruh jasad saya seolah telah melekat di tanah Palestin. Saya tak mahu tinggalkan bilik ini. Seluruh ahli bilik tersebut berbincang sesuatu yang tidak dapat saya fahami isinya. Mungkin bahasa arab tinggi. Mungkin istilah-istilah atau kod-kod rahsia. Seterusnya kesemua ahli bilik bangkit bertakbir dan bersolat sunat dua rakaat. Saya turut serta. Akhirnya kesemuanya bersurai. Berpecah mengikut arahan ketua masing-masing.

"Mujahid, kau ikut je aku!" Mujahid meraih bahu saya dan kami berlari ke suatu destinasi.

"Macam mana kau boleh sampai ke sini Mujahid?" Saya menyoal Mujahid, didorong rasa ingin tahu yang sangat kuat. Mestilah, Mujahid nampaknya tiada ahli keluarga di sini. Bukankah semuanya telah mati syahid. Macam mana pula boleh bersama-sama anggota hamas?

"Aku pernah dikejar Israel pada suatu malam, malam yang aku kehilangan ahli keluargaku. Aku dikepung dan dicederakan. Aku tidak sedarkan diri. Bila aku buka mata je, aku bersama dengan anggota hamas. Mereka telah menyelamatkan aku dengan izin Allah. Mereka cakap mereka kenal abang-abangku. Aku akhirnya tinggal dengan mereka, dijaga oleh mereka dan dididik ilmu agama dan ilmu perang oleh mereka. Bukan aku je kanak-kanak kat sini. Ramai lagi kanak-kanak dan remaja Palestin di sini. Kamilah golongan pelapis." Dalam kami berlari-lari meredah kedinginan malam, Mujahid bercerita serba ringkas tentang penglibatannya dengan hamas. Dalam diam, saya kagum. Kagum dengan kekuatan anak-anak Palestin. Benarlah, mereka orang yang terpilih.

"Ke mana kita ni Mujahid?"

"Jihad dan syahid fi sabilillah!" Mujahid menjawab sambil menjulang penumbuknya ke atas penuh semangat.

"Kita nak bom diri sendiri ke?" Teringat pula saya, dekat surat khabar banyak mendedahkan tentang pengebom-pengebom berani mati. Mereka berjuang bergadai nyawa untuk agama Islam, kata suratkhabar.

"Hish! Nyawa kita bukan semurah itu! Hamas mengajar kami agar berjihad penuh strategi dan matlamat. Kami tak mengebom sesuka hati atau membuta tuli. Kami kenalpasti siapa musuh kami kemudian kami susun strategi yang mantap. Akhir sekali kami berserah kepada Allah, pemegang nyawa kami semua. Kami akan bertempur habis-habisan selagi ada peluang dan cara yang berkesan. Menang atau syahid, itu harapan kami!" Mujahid penuh semangat mengungkap kata-katanya.

"Ingat ni, Mujahid. Tentera Israel bertempur untuk dapatkan sesuatu. Tapi kita bertempur atas dasar keyakinan kita, iman kita! Keyakinan kita, tekad dan kemahuan kita yang bulat terhadap mati syahidlah yang membuat kita lebih kuat berbanding musuh! Ini modal utama kita!" Mujahid sekali lagi meniupkan kata-kata semangatnya. Saya menjadi berkobar-kobar untuk menjadi syahid. Mujahid membelok ke arah satu bangunan kecil. Di situ Mujahid membuka sebuah peti, terdapat senjata di dalamnya. M-16! Saya kenal senapang tu. Raifal M-16 selalu je saya gunakan dalam game-game bertempur yang saya main di komputer atau di playstation Nu'man. Setiap kali habis sekolah, saya dan Ikram kadang-kadang pergi ke rumah Nu'man untuk main Counterstrike. Melalui game tu saya banyak kenal senjata. M-16 sudah tak asing di mata.

"Kau tahu ni apa?" Soal Mujahid. Sambil tersengih, saya mengangguk. Raifal tersebut ialah sejenis raifal yang ringan. bermuncung panjang, pelurunya berkaliber 5.56 mm, kelopak pelurunya boleh memuatkan 30 butir peluru dan melalui fungsi automatik, sekali tarikan picunya boleh memuntahnya semua peluru. Manakala dengan fungsi separa automatik, boleh memuntahkan 3 biji peluru dengan sekali tarikan picu. Yang saya tahu ada banyak variasi untuk M-16 namun saya tak dapat pastikan yang mana mewakili fungsi yang mana.

Suara muadzin membelah langit bumi anbiya'. Alunannya yang merdu terhimpun membentuk satu rasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata mahupun tulisan.

"Bagus, kau ambil satu. Mari kita ke bawah pokok sana. Dah masuk waktu Subuh." Kami berdua berlari ke bawah pokok. Dengan air botol yang dibekalkan anggota hamas, kami berwudhuk. Airnya sejuk tapi nyaman. Mujahid menjadi imam dan saya makmumnya. Takbiratul ihram di angkat. Terasa nyaman dan khusyuknya bersolat subuh secara berjemaah ditemani embun, pohon-pohon, tanah, langit dan bunyi kicauan burung-burung. Zikir kami dan alam bersatu dalam satu irama yang indah. Syukur yang tak terkira dipanjatkan ke hadrat ilahi. Dapat sujud di bumi Palestin, bukankah ia satu anugerah terbesar. Mencium tanah yang mewangi dengan darah para syuhada'.


Monday, April 4, 2011

part 9


"Antara bidadari-bidadari syurga dan perempuan-perempuan cun dekat dunia ni, mana satu pilihan korang?" Saya menyoal salah seorang remaja lelaki yang turut berada dalam kumpulan perbincangan tersebut.

"Mestilah bidadari syurga bang!!" Bersinar-sinar mata lelaki yang berkaca mata 'old skool' berbingkai besar hingga menyembunyikan hidungnya.

"Kau tahu ke rupa bidadari syurga tu macam mane?? berangan jelah kau! amalan tak macam ahli syurga, ada hati nak bidadari syurga" Sahut satu suara lagi.

"Dah nama pun bidadari, dari syurga pulak tu. Mestilah cantik seribu kali cantik daripada perempuan-perempuan kat dunia ni." Seorang remaja lelaki yang berambut kerinting pula mencelah.

"Ok adik-adik. Tak payahlah kita gaduh-gaduh pasal kecantikan bidadari tu ye. Kalau nak tahu, buka al-Quran, baca tafsirannya. Dalam al-Quran sendiri Allah ada menceritakan. Yang abang nak sampaikan di sini ialah bukannya tentang kecantikan bidadari. Tapi tentang pilihan adik-adik sendiri. Kita manusia ni memang cenderung untuk pilih sesuatu yang lebih baik, lebih cantik dan lebih kekal. Kalau ditanya dekat orang non-Muslim sendiri pun mereka akan pilih syurga. Tapi cuba adik-adik renungkan, berapa banyak orang di zaman ini yang hanya meletakkan pilihan mereka di bibir je." Saya membuka ruang buat para remaja tersebut berfikir dan merenung.

"Maksud abang?" Si jejaka berwajah putih kuning cuba menyungkil maksud di sebalik kata-kata saya.

"Aku nak jadi perdana menteri! Aku nak terbang ke eropah! Aku nak masuk syurga! Semua ni kata-kata kebanyakan orang. Harapan mereka hanya tinggal di bibir. Untuk melaksanakan impian-impian tersebut, hanya dalam mimpi. Bak kata orang putih, walk the talk tapi sekarang sikit sekali orang yang cakapnya serupa bikin. faham tak?" Mereka berlima kesemuanya mengangguk-angguk tanda faham.

"Baguslah. Abang nak semua orang renungkan dalam-dalam kata-kata abang hari ni dan kaitkan dengan bidadari syurga yang abang tanya tadi. Ingat, rajin-rajin bukak Quran untuk cari jawapan. Abang kena pergi sekarang ni, nanti tak masak pulak mak abang kat rumah. Assalamualaikum." Mereka menjawab salam saya secara serentak. Saya berlalu sambil tersenyum puas. Dengan lafaz bismillah, langkah disusun menuju ke rumah. Ibu sedang menunggu kelapa dan daun pandannya untuk dibuat pengat pisang, buat hidangan minum petang. oh sedapnyaaa.

Alhamdulillah, saya Mujahid, kini berusia 19 tahun, telah tamat Sekolah Menengah Agama dan baru selesai Asasi Undang-Undang di UIAM. Ingat lagi tak saya, budak kecik yang ghairah nak pergi berjihad dengan senjata tu? Hee..Setelah di'lecture' ibu tentang kepentingan ilmu dan betapa tajamnya mata pen berbanding mata pedang, saya nekad akan berjuang dalam bidang yang saya mampu di waktu itu, iaitu menuntut ilmu. Alhamdulillah saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Saya request ibu dan ayah untuk hantar saya sekolah agama maka sampailah saya ke SMAP Kajang. Ilmu agama saya telah diperdalamkan lagi sewatu belajar di SMAP. Di sana saya amabil peluang untuk memahami masalah ummah dan krisis zionis-palestin dengan sedalam-dalamnya. Berkat tunjuk ajar Ustaz Zakri juga, saya diasah bakat dalam bidang pidato dan perbahasan. Saya dilantik menjadi ketua pelajar di akhir tahun pengajian dan saya guna peluang tersebut untuk mendedahkan isu Palestin kepada semua pelajar. Program demi program yang saya adakan di sekolah berkenaan dengan Palestin sampai junior-junior panggil saya abang Palestin.

*lagu bingkai kehidupan-shoutul harakah dari handphone Mujahid berdendang penuh semangat*

"Assalamualaikum! Nu'man! Lama tak dengar cerita! Balik kampung tak ni?"

"Waalaikumussalam. Ni la yang nak bagitahu ko ni, aku balik petang ni, insyaAllah. Jom kita jumpa malam ni dekat warung mamak tempat biasa."

"Allah..kau baru je balik dah nak jumpa aku. Rehat-rehatlah dulu brader. Tak lari punya aku ni."

"Tak bolehlah Mujahid. Aku ada hal mustahak nak cerita ni!"

"Kau dari dulu sampai sekaranglah hal mustahak tak habis-habis. Ok insyaAllah kedai mamak tempat biasa ye."

Nu'man..Nu'man..ada-ada je..Setiap kali berjumpa, mesti ada hal mustahak nak diceritakannya. Biasanya hal mustahak yang dimaksudkannya mesti bab-bab isu semasa yang dia bagai cacing kepanasan nak berbincang dengan saya.

Dah 10 minit berjalan kaki meredah panas bumi Malaysia ni. Bukannya tak boleh bawa kereta tapi saja nak sihatkan badan maka memilih untuk jalan kaki petang ni. Sambil-sambil tu boleh tadabbur alam. Bumi Nilai yang sungguh tenang, dikelilingi pokok kelapa sawit kiri dan kanan. Selangkah-dua langkah berjalan, badan mula rasa macam tengah bermandi peluh ni. Kaki pula mula rasa penat semacam. Tak pernah pula penat macam ni. Nafas tercungap-cungap. Baru 10 minit berjalan. Kepala pula mula berdenyut-denyut, berpinar-pinar mata dek cahaya mentari yang teramatlah teriknya. Hai anehnya. Kot-kot la saya baru balik dari New Zealand sampai merasa alergik dengan matahari tanah air sendiri.

"Abang Mujahid! Apesal jalan terhuyung-hayang tu? mabuk ke??" Kedengaran suara-suara jeritan anak-anak muda yang ku kenali. Suara-suara itu menjadi sayup-sayup je.

"Haha..agak-agaklah nak mabuk siang-siang bang!"

"Abang! Abang!! Abaanng!!"

"Eh kau angkat belah sana."

Suara-suara terus hilang. Cahaya mentari pun akhirnya terbunuh dari pandangan. Jasad seakan telah dibius, tidak merasa berpijak lagi.

Friday, April 1, 2011

bukan mukaddimah

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah novel tak seberapa saya ni sudah ada pembaca. asalnya mahu senyapkan dulu pembikinan novel ni sebab tak yakin sangat ada yang nak baca. perancangan awalnya mahu habiskan semua chapter dulu baru hebah-hebahkan. Namun kuasa Allah, apa yang dirancang terlebih dahulu dirancang oleh Yang Maha Merancang, yang lebih bijak merancang dan paling bagus perancangannya.

Maka kali ni saya tak kisah, ada pembaca ke tak ada ke, saya rasa patut menghebahkannya supaya ada yang tahu kewujudannya, ada yang berminat mengikutinya dan seterusnya ada yang menyebar-nyebarkannya. Kerana inilah tujuan asalnya pun, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu palestin.

Terlebih dahulu ampun maaf dipinta jika apa yang dinukilkan di sini tidaklah seberapa dan tidaklah mengikut citarasa masing-masing. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang berkelulusan tinggi dalam bidang penulisan. Menulis hanyalah sebuah minat yang dipupuk oleh cikgu2 bahasa sejak di zaman sekolah. Memandangkan bidang saya kini tidak menekankan hasil penulisan, maka saya tak mahu bakat yang diasah dan dicungkil oleh cikgu2 sejak zaman sekolah ni terbiar berkarat begitu sahaja. Oleh itu saya constantly menulis dalam apa sahaja topik yang saya mahu kongsikan dalam blog saya.

Menyedari bahawa minat dan bakat penulisan ini adalah anugerah pinjaman ilahi, sebagai tanda syukur, biarlah kebolehan ini saya salurkan untuk agama tercinta saya ni. Saya tidak pandai bercakap, tidak pandai mengangkat senjata, tak pandai ilmu agama, tak pandai serba-serbilah. tapi saya pandai membaca dan boleh menulis. dua kebolehan ini saya sinergikan untuk menghasilkan sebuah karya yang boleh membawa faedah kepada pembaca-pembaca dan menguntungkan agama saya.

ingin saya beri amaran di sini, saya bukanlah seorang penulis. jauh sekali seorang karyawan, seniman dan seumpamanya. saya hanyalah hamba Allah yang ingin lakukan sesuatu untuk umatnya yang makin lelah. yang ingin lakukan sesuatu buat ubat kelelahan iman diri sendiri juga. Saya tidak harapkan pembaca suka dengan hasil tulisan saya. Apa yang saya harapkan adalah mesej yang saya nak sampaikan jelas dan sampai ke dasar hati pembaca. Maka kritikan membina pembaca amatlah saya harapkan supaya mesej tersebut menjadi tajam dan menusuk kalbu. Kritikan anda juga pastinya diganjar Allah, insyaAllah. Biarlah usaha untuk membebaskan bumi palestin ini kita kerahkan dan usahakan bersama, berkongsi saham buat menempah tiket ke syurga, ameen~

Nama Saya Mujahid, sebuah 'projek' besar saya tahun ini, sebuah novel khas buat saudara-saudaraku di Palestin. Semoga dengan menulis novel ini, banyak pengajaran boleh kita kongsikan bersama dan khasnya buat diri saya sendiri, semoga bertambah ilmu tentang isu palestin. Do not be an ignorant because we are the people of Muhammad. Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa kita semua bersaudara atas nama Allah.

Ukhwah fillah buat semua yang membaca. Read, ponder, critic and comment :)

p/s: ini bukan mukaddimah sebab ia muncul di tengah2 cerita. huhu

Wednesday, March 30, 2011

part 8


"Mujahid, kenapa teruk sangat markah periksa Mujahid ni? Mujahid belajar ke tak? Dah besar nanti nak jadi apa?" Ibu membelek kertas periksa saya laju-laju. Muka ibu macam marah.

"Mujahid nak jadi mujahid! Mujahid nak pergi berperang dengan zionis!" Saya bagi jawapan muktamad dekat ibu. Itu cita-cita baru saya. Saya nak angkat senjata. Kenapa pulak saya kena belajar semua-semua ni?

Muka ibu berubah. Ibu pandang saya dalam-dalam.

"Mujahid tahu tak apa yang Mujahid cakapkan ni?" Ibu memegang bahu saya. Saya mengangguk dengan yakin.

"Mujahid baca dekat internet kalau nak jadi muslim sejati, kena berjihad di jalan Allah."

"Subhanallah..bagus niat Mujahid tu. Memang ibu dan ayah bagi nama Mujahid supaya Mujahid jadi seorang pejuang yang hebat dalam menegakkan Islam. Tapi Mujahid kena tahu..tanpa ilmu, perjuangan kita akan jadi sia-sia. Mujahid kena berjuang di medan ilmu dulu. Ibu tak suruh anak ibu skor A+. Ibu hanya nak anak ibu berusaha bersungguh-sungguh. Mujahid tak boleh terus jadi pejuang agama yang hebat tanpa memupuk semangat untuk melakukan sesuatu ibadah secara bersungguh-sungguh."

"Tapi ibu, Mujahid bersungguh-sungguh nak nak jadi pejuang Allah. Ibu boleh hantar Mujahid pergi sekolah pondok. Mujahid akan belajar kitab agama bersungguh-sungguh. Mujahid akan belajar main pedang, pistol semua." Ibu hanya senyum memandang saya. Ibu mengusap-usap kepala saya.

"Mujahid, Islam is not all about fighting with swords and any other weapons. Itu adalah jalan terakhir bila Islam tak dapat ditegakkan dengan jalan damai. Macam apa yang berlaku di Palestin tu, Israel sememangnya tak mahu berbaik-baik dengan Palestin, Israel suka serang Palestin, sebab tu pejuang-pejuang di Palestin kena angkat senjata."

"Tapi ibu, kita kan bersaudara dengan Palestin. Mereka angkat senjata, takkan kita tengok je."

"Ibu tak suruh anak ibu tengok je. Dekat sini, Mujahid ada tanggungjawab yang lebih besar. Mujahid seorang pelajar. Mata pen tu lagi tajam daripada mata pedang. Mujahid faham maksud ibu?" Saya menggeleng-gelengkan kepala. Mestila mata pedang lagi tajam daripada mata pen. Apa ibu cuba sampaikan ni.

"Mata pen tu ibaratnya ilmu. Masa mula-mula Rasulullah sebarkan dakwahnya, Rasulullah tak terus suruh pengikutnya berperang dengan kafir Quraisy, Mujahid tahu tu kan. Rasulullah bagi ilmu yang mendalam dulu dekat pengikutnya. Bawa mereka kenal Allah, cinta Allah dan Rasul, cintakan Islam. Rasulullah memantapkan iman pengikutnya dulu melalui ilmu. Dari situ mereka belajar Islam itu agama perdamaian, Islam itu taatkan ketuanya, Islam itu cintakan ilmu, Islam itu mengeratkan ukhwah. Kenal Islam dalam-dalam dulu. Salahuddin Al-Ayyubi pun belajar macam-macam ilmu sebelum mampu tawan baitul maqdis. Mujahid kena jadi penuntut ilmu yang bagus. Mujahid belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh barulah ada orang nak dengar pandangan Mujahid nanti."

"Ibu, Mujahid belajar sains, belajar matematik, bahasa melayu semua, takde kena mengena dengan Islam."

"Mujahid salah tu. Semua tu ilmu dari Allah, ilmu yang baik, ilmu yang membawa manfaat. Mujahid kena kaitkan Allah dengan segala ilmu yang Mujahid belajar. Ilmu matematik Allah lebih hebat bila Allah ciptaan putaran-putaran bumi,bulan dan matahari secara teratur. Di padang mahsyar nanti, ilmu matematik Allah sangat hebat bila takde satu amal pun yang terlepas daripada kiraan timbangan Allah walaupun amal itu sebesar atom. Ilmu Sains Allah paling meluas kerana semua di muka bumi ni Allah yang ciptakan. Manusia boleh cipta iPhone yang hebat dengan ilmu sains dan teknologi tapi tanpa jari, iPhone jadi tak berguna dan siapakah yang cipta jari? Allah. Boleh ke manusia cipta jari yang ada fingerprints dan lengkap dengan saluran darah yang membekalkan haba semua tu? Dalam ilmu bahasa, Allahlah yang mencipta segala jenis bahasa kat dunia ni. Dan Allah faham semua jenis bahasa kat dunia. Bila Mujahid belajar semua ilmu ni, kaitkan dengan Allah. Mujahid kena rasakan betapa powernya Allah tu, Dia tahu semua yang kita tahu dan yang kita tak tahu."

Ibu menarik nafas panjang-panjang. Saya masih cuba nak fahamkan semua kata-kata ibu. Memang Allah sangat bijak rupanya.

"Kerana ilmu matematik, kita tahu bila nak puasa bila nak raya. kita juga tahu macam mana nak buat bangunan. Kalau Mujahid minat dengan peperangan, ilmu matematik boleh tolong Mujahid kira berapa tentera, berapa senjata yang Mujahid perlukan, berapa jarak untuk serang musuh. Ilmu matematik campur ilmu sains dan geografi boleh tolong mujahid susun strategi untuk kenakan musuh. Ilmu bahasa akan tolong Mujahid cipta perlembagaan, undang-undang, bersyarah untuk kedamaian, berpidato dan menulis untuk mengajak orang lain berjuang bersama Mujahid." Ibu tersenyum.

Saya tercengang mendengar penjelasan ibu. Tak sangkanya apa yang saya belajar dekat sekolah sekarang boleh jadi sangat berguna macam tu.

"Dah tutup mulut tu. Masuk lalat nanti. Ibu takkan halang cita-cita Mujahid. Malah ibu sangat galakkan dan sangat bangga sebab ibu boleh jadi macam Ummu Ibrahim yang meminang bidadari syurga untuk anaknya. Hehe..tapi Mujahid kena bersungguh-sungguh sebab Allah suka orang yang bersungguh-sungguh. Dan Mujahid tak boleh lalai dalam menuntut ilmu sebab itu kewajipan kita. Tanpa ilmu, kita mudah dipijak-pijak musuh."

"Baiklah ibu. Tapi, kenapa ibu nak meminang bidadari syurga untuk Mujahid? Mujahid kecik lagilah bu. belum boleh kahwin. Lagipun macam manalah ibu nak pinang bidadari syurga kalau ibu pun belum tentu masuk syurga?"

"Hehe kelakarlah anak bongsu ibu ni. Nanti besar nanti Mujahid fahamlah ye. Dah, ambik semua kertas periksa ni. bulan depan ibu nak tengok peningkatan. Kalau tak, ibu hantar pergi tuisyen."

"Tak naakkk! Mujahid tak sukaa!" Saya cepat-cepat mengemas kertas-kertas peperiksaan dan berlari masuk ke bilik.

part 7


"Assalamualaikum Mujahid. Anta free tak weekend ni? Ada meeting untuk mukhayyam bulan depan. Bolehla sumbang-sumbang idea. Mai la join sama!" Suara Irham berkumandang di corong telefon bimbit. Aku yang waktu sedang memandu memberikan isyarat ke kiri dan berhenti di tepi jalan.

"Hari apa? Pukul berapa? InsyaAllah kalau aku free, aku pegi." Aku mengeluarkan buku organizer, membelek-belek diari untuk weekend ini.

"Sabtu, pukul 2 petang. Boleh no??" Beriya-iya Irham mengajak aku nampaknya. Jari telunjukku dilarikan ke muka surat bertarikh 2 Julai, hari sabtu, jam 2.oo petang.

"Alhamdulillah Irham, aku free time tu. InsyaAllah kita jumpa. Kau textla dekat mana tempatnya." Setelah menamatkan panggilan tersebut, kularikan semula kereta ke tengah jalan. Lagu Palestine will be free berkumandang di corong radio kereta. Membawa ingatanku kembali kepada peristiwa lebih kurang 5 bulan lalu.

Seminggu setelah Mawaddah pergi, seorang senior telah mengajak aku ke masjid dengar ceramah agama. Kebetulan masa tu aku free sangat dah tak tahu nak buat apa maka aku ikutla senior itu.

Dekat masjid ustaz tu kupas isu Palestin yang sedang hangat diperkatakan. Aku jadi sangat tertarik. Seolah ketuk-ketukan yang datang kepadaku tentang Palestin kini berjaya membuat aku membuka pintu untuk menerima kehadirannya. Sejak hari tu aku mula faham apa yang sebenarnya berlaku di Palestin. Aku juga semakin kenal dengan zionis dan sekutu rapatnya Amerika. Minat yang mendalam terhadap isu Palestin mendorong aku untuk mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Membuatkan aku jadi lemah dengan ajakan senior-senior dan sahabat-sahabat baru yang aku kenal di masjid. Mereka selalu ajak aku pergi program-program kesedaran tentang Palestin. Akhirnya tak ada satu pun tawaran mereka yang aku tolak. Kecintaan aku terhadap Palestin semakin membuak-buak manakala kebencian aku terhadap zionis dan sekutunya semakin meluap-luap.

Sejak lebih kurang dua bulan yang lalu aku telah nekad untuk memboikot produk yahudi. Aku mulakan dengan restoran paling tercintaku, McDonalds. Fuh cakap pasal McDonald, boleh kata aku pelanggan yang tersangat setia, setiap minggu tak sah kalau tak ke McDonald. Double cheeseburger, coke dan french fries tu memang makanan wajib setiap kali ke McD. Bila stress study, ke McD lah aku melonggarkan ketengangan urat aku. Bila musim bola, ke McD lah aku menghabiskan sepertiga malamku. Bagiku McD ialah sumber paling convenient untuk menyalurkan nafsu makanku. McD ada di mana-mana. Siap boleh delivery dan drive-thru lagi tu. Sesetengahnya dibuka 24 jam. Memang ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la nampaknya.

Minggu pertama memboikot McD, kurasakan seperti berpuasa sebulan. Nafsu terhadap si badut berambut afro merah, berbaju belang-belang dan berkasut merah kutahan-tahan dalam paksa. Membayangkan penderitaan rakyat Palestin, aku jadi kuat untuk menepis godaan dan senyuman badut sihir itu. Alhamdulillah, aku berjaya menyingkirkan badut sihir tu setakat ni. Semoga aku mampu istiqamah. Sekarang aku juga masih dalam proses untuk memboikot barang-barang yahudi yang lain seperti Starbucks dan Nestle.

Agak sukar pada asalnya sebab barangan yahudi merata-rata dan kebanyakannya dah jadi macam barang keperluan asasi pula contohnya Milo. Namun aku yakin, ini antara usaha yang mampu aku lakukan. Walaupun ada yang memandang enteng soal boikot ini kerana kata mereka memboikot bukanlah penyelesaian, tidak memberi kesan sangat pun etcetera etcetera. Apa-apalah! Aku peduli apa? Aku peduli Palestin! Ini sebahagian daripada usaha aku. Usaha yang paling mampu untuk aku lakukan. Untuk angkat pedang, belum tentu lagi aku ada keberanian dan kekuatan. Itu semua masih perlu untuk aku bina dan kukuhkan. Dan untuk itu, aku perlukan iman yang sangat tebal dan mendalam.

"lalalla" telefon bimbitku menyanyi riang.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Oi di sana, dah lama tak call I! You sihat ke? Busy ke?" Dah seminggu tau! SEMINGGU! I tunggu macam tunggul je. Hari ni I tak kira, I nak jugak call you." Mawaddah. Mawaddah mengomel-ngomel dari benua kanggaroo sebelah sana.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (26:30)" Kata-kata Akhi Hakimi yang memetik ayat 30 daripada surah An-Nur menjengah ruang minda.

"tidak ada yang ketiga melainkan syaitan apabila dua orang yang bukan muhrim itu berdua-
duaan." Satu lagi kata-kata Akhi Hakimi menyerbu fikiranku.

"Seorang muslim yang taat sentiasa menjaga pergaulannya. Wanita asing yang halal baginya hanyalah isterinya. "

Perbincangan usrah minggu lalu banyak membuat aku berfikir tentang tahap keimananku, tahap pergaulanku dan tentang hubungan aku dan Mawaddah.

part 6


10 hari telah berlalu. Kini tiba harinya buat kekasih hati berangkat meninggalkan tanah air. Aku tak ketinggalan untuk menghantar Mawaddah di KLIA. Suasana hatiku adalah tak terkata. Aku menunggu hari-hari terakhirnya di Malaysia dengan penuh debaran. Setiap hari terfikir untuk ditambat saja kekasih hati tu dengan ikatan pertunangan. Kalau ikutkan hati, nak je menikah terus namun melihat kepada diri yang serba kekurangan ni, hajat itu kutangguhkah dulu.



“Kau nak bagi dia makan pasir je Moja?” Soal Ikram bila aku utarakan hajat tersebut kepadanya. Terdiam aku dibuatnya. Aku tahu perkahwinan bukan perkara main-main. Ia bukan hanya soal menyatukan dua hati tapi turut mengambil kira soal lain. Haih entahlah. Runsing.


Panggilan untuk berlepas ke Brisbane sudah diumumkan. Kulihat Mawaddah mula bersalam-salaman dengan ahli keluarganya. Berpeluk cium sambil menangis. Sebak pulak rasanya ni. Tahan, Mujahid! Tahan!


Berbaju kot biru tua, berseluar biru tua, berkasut hitam, bertudung putih, berwajah gembira namun ada raut kesedihan, wajahnya kemerahan, basah dengan airmata. Kurakam figura itu dalam kotak memori. Wajah tercinta itu berpaling ke arahku, menghadiahkan sebuah senyuman yang manis, melambaikan tangannya kepadaku sambil mulutnya membuka isyarat “take care, love you”. Hanya dari jauh, ye dari jauh. Mungkin dia tak sempat nak mendekatiku. Ahli keluarganya yang menghantar terlalu ramai dan panggilan untuk berlepas semakin mendesak.


Kelibat tercinta itu kuperhatikan hingga hilang dari pandangan. Mungkin kali terakhir. Mungkin. Siapa yang tahu apa yang bakal berlaku di masa depan. Tiba-tiba telefon bimbit berdering pula.


“Sayang, sorry I tak sempat nak pegi dekat you tadi. Nanti jangan risau, I contact you bila dah tiba. Facebook kan ada, YM ada, skype ada. Jangan risau ye. Hehe..”


“Ye, sayang. I risau sikit je. You take care. Assalamualaikum. Love you too.” Panggilan terakhir sebelum pesawat MAS menghantar kekasihku ke awan biru menuju bumi Queensland.


Aku memandu keretaku pulang ke rumah dalam pekat malam ditemani lagu-lagu perpisahan. Ceh jiwangnya diriku. Ah sedihnya! Sedihnya! Tak tahannya! Ahhh! Tolong jangan jadi macam perempuanlah, Mujahid!


Cepat-cepatku ‘eject’ CD lagu-lagu jiwang tu. Mengganggu jiwa sesungguhnya. Mengganggu konsentrasi pemanduan juga.


“Beribu-ribu rakyat Palestin mati dalam serangan baru-baru ini. Kami di IKIM ingin memohon jasa baik para pendengar agar menyumbangkan sedikit harta untuk diinfakkan buat pejuang dan penduduk Palestin. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa mereka yang tidak peduli akan saudara seakidah mereka bukanlah dari kalangan umatnya. Mari kita sama-sama menghayati lirik lagu daripada Maher Zain, Palestine will be free.”



Every day we tell each other
That this day will be
Will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights
What happened to the sanctity of life
And all those other lies
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Hati aku rasa macam diketuk-ketuk kebelakangan ni. Palestin seolah-olah memanggil aku hampir setiap hari sejak pertama kali aku dengar beritanya hari tu. Namun aku tak buat apa-apa pun walaupun hanya menderma. Hanya kadang-kadang terfikir. Ada apa dengan Palestine? Sehingga hari ini isunya tak pernah selesai. Kenapa?

Tuesday, March 29, 2011

part 5


"Allahuakbar!!" Jerit hati saya. Saya mengumpul segala kekuatan untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Mereka semua ada 4 orang. Tinggi-tinggi dan berbadan tegap lagi sasa.

"Mujahid, nama kau sendiri bermaksud seorang pejuang. Sudah tentu harapan abi dan ummi amat tinggi untukmu menjadi seorang pejuang. Malah bukan abi dan ummi je yang nak kau jadi seorang pejuang, tapi kami semua, seluruh umat Islam yang menantikan kehadiran seorang perwira agama!" Kata-kata Umar terngiang-ngiang dalam kepala. Umar kata begitu kepada saya semasa saya menangis akibat dibuli anak-anak zionis.

Dalam pekat malam, perlahan-perlahan saya tunduk ke bawah dan dengan segera mengisi dan menggenggam kedua-dua belah tangan dengan bebatu kerikil bercampur pasir. Wahai makhluk Allah yang berada di genggamanku, bersedialah berjuang bersamaku. Kau dan aku, kita sama-sama hamba Allah. Kau dan aku sama-sama tidak redha dengan perbuatan laknatullah ini. Wahai Tuhan yang memiliki seluruh alam, kurniakan aku dan makhluk-makhlukMu ini kekuatan untuk menentang musuh kami! Kekuasaan hanya milikMu ya Allah!

"Allahuakbar!!" kali ini kalimah itu tidak lagi terlantun dalam hati. Sekuat hati saya melempar batu-batu dan pasir yang berjaya saya capai. Allah bersama saya! Allah bersama saya! Begitu saya menguatkan diri. Keempat-empat askar itu mendekati saya. Mereka memegang tangan saya.

"Jauhkan diri kamu yang hina daripada aku!" Tangan-tangan mereka saya gigit-gigit! Rasakan! Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman senapang.

"Cis! Begitu kecilnya hati kamu semua, dengan budak kecil pun mahu berlawan. 4 lawan satu pula tu! Dasar zionis pengecut! Pembuli!"Kedengaran suara seorang lelaki yang sayup-sayup dari suatu arah yang tak dapat saya kenalpasti. Yang saya tahu kepala saya terasa seperti dihentak dari belakang tadi. Kini malam yang pekat bertambah kepekatannya. Segala suara menjadi sayup-sayup nun di kejauhan. Jasad saya terasa bertambah berat dan seakan telah menyembah bumi. Bulan penuh hilang dari pandangan mata.

"Allah. Sesungguhnya, jiwaku, darahku, hidupku, ibadahku hanyalah untukMu, untuk agamaMu, untuk Palestin.." Ucapanku hanya bergema dalam ruang hati.

****************
Tiupan angin khatulistiwa menyapu wajah saya. Roti sardin yang ibu bekalkan kepada saya masih tidak bersentuh. Suara Mujahid di TV semalam masih terngiang-ngiang di kepala. Apa khabar Mujahid itu agaknya? Pasti dia sedih tinggal seorang diri. Hidup lagikah atau sudah syahid menemui Allah?

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Saya membawa bekal yang masih berisi roti sardin beserta botol air menuju ke kelas 5 Salahuddin Al-Ayyubi. Saya suka nama kelas saya. Sebab ayah saya sedang menyiapkan siri kartun Saladin dan saya rasa kartun itu sangat hebat.

"Mujahid! Kau pergi mana tadi, tak rehat dengan kitorang pun!" Sergah Nu'man dari jauh. Nu'man berlari ke arah saya.

"Aku pergi duduk kat bawah pokok besar tu tadi." Saya menjawab sambil menunjuk ke arah pokok besar di tepi padang sekolah.

"Hoi kau gila! Pokok tu kan berhantu!" Nu'man segera menunjuk muka takutnya.

"Siang-siang macam ni hantu apanya. Mengarutlah. Hantu-hantu ni perasaan manusia je."

"Kau kenapa Mujahid? Kau jugak yang selalu cerita kat kitorang pasal hantu pokok besar tu." Tersentak saya dibuatnya. Ye ke?

"Eh ye ke? Sorilah.Aku reka-reka je cerita semua tu. Bagitahu kawan-kawan yang lain jugak yang pokok besar tu tak berhantu. Tempat tu sangat aman damai kalau nak berfikir panjang." Saya berlalu meninggalkan Nu'man terpinga-pinga seorang diri. Saya berasa bersalah. Berasa berdosa menyebarkan cerita-cerita karut dekat orang lain. Kenapa saya buat macam tu? Entahlah. Mungkin seronok dapat menarik perhatian orang lain mendengar cerita saya.

"Eh Mujahid! Tunggu aku! Jom masuk kelas sama-sama!" Nu'man memeluk bahu saya. Saya tersenyum.

"Kau maafkan aku?" Tanya saya kepada Nu'man.

"Eh kenapa pulak nak maafkan kau?"

"Sebab aku tipu kau."

"Haha. Kita semua samalah. Aku pun suka reka cerita. Tapi aku lagi suka dengar cerita kau." Nu'man tersenyum. Senyumnya nampak sangat ikhlas.

"Aku dah tak nak cerita bohong lagi. Lepas ni semua cerita aku, cerita benar."

"Haha yelah tu!"

"Kau tahu kisah palestin?" Saya menoleh ke arah Nu'man.

"Tak tahu. Aku cuma tahu ada kempen Free Palestine. Yang orang mintak derma tu."

"Kalau camtu nanti aku cerita kat kau pasal Palestin." Saya menghadiahkan sengihan yang lebih manis dan sopan daripada kerang busuk.

"Ok!" Kami berdua berjalan girang masuk ke kelas. Kisah Palestin? Kisah apa? Saya sendiri tak tahu kisah Palestin. Palestin itu di mana, saya sendiri pun tidak tahu. Yang pasti saya tidak akan berbohong lagi dalam bercerita. Saya akan korek kisah Palestin ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Saya tahu kini semangat Mujahid, pemuda cilik Palestin itu sudah terserap dalam hati saya. Saya akan sahut seruan Mujahid untuk menyelamatkan umat Islam dan membebaskan Palestin!

part 4


Mujahid terjaga daripada tidurnya. Terasa sungguh ngeri mimpinya malam tadi. Serangan zionis telah membuatnya kehilangan seluruh ahli keluarganya. Dalam hati Mujahid berdoa agar mereka sekeluarga dilindungi Allah.

Allah..sejuknya malam ni..kesejukan menggigit hingga ke tulang saya. Saya meraba-raba dalam gelap. Saya memandang ke kiri, ke kanan..gelap. hitam pekat. Saya memandang ke atas pula. MasyaAllah cantiknya bintang-bintang. Maha Suci Allah yang menciptakan. Teringat masa dulu ummi pernah ceritakan kisah nabi yusuf yang bermimpi bintang-bintang tunduk kepadanya. Bagaimana agaknya rupa bintang-bintang yang tunduk ya? Ah, apa-apa pun bintang-bintang itu sentiasa dalam keadaan tunduk dan sujud kepada Penciptanya, Allah Azzawajalla. Bila teringat yang bintang-bintang sentiasa bersujud, saya tiba-tiba rasa terpanggil untuk turut sama 'berjemaah' bersama bintang-bintang, sujud kepada Yang Punya Alam. Satu ketenangan yang luarbiasa meresap jauh ke dasar hati.

Syukur, ya Allah. Syukur atas segala nikmat yang tidak terhitung.

Saya lekas bangkit dari sujud dan memandang semula ke arah bintang-bintang. Ada memori yang berputar-putar dalam minda. Saya hairan. Sejak bila pula rumah saya ada ruang mengintai langit di bahagian atap.

"Uweekkk..uwaaa...!!" Tiba-tiba saya terdengar suara tangisan bayi. Astaghfirullah, ya Allah bagaimana aku boleh terlupa! Yang kusangaka mimpi rupanya bukanlah mimpi! Syahid, adikku! Adikku yang lahir sebagai yatim piatu!

Saya berlari mendapatkan adik kecil saya. Saya mendodoikannya supaya kembali lena. Namun tangis adik semakin menjadi-jadi. Saya menjadi panik dan bingung. Saya betul-betul tak tahu apa yang nak dibuat seorang diri, malam-malam yang gelap gelita macam ni.

"Syahid, jangan menangis lagi. Abang masih bersamamu." Saya cuba memujuk adik. Tapi gagal. Dengan Syahid masih dalam pangkuan saya, saya sujud kepada Allah, satu-satunya sumber pertolongan saya!

"Hasbunallahi wanikmal wakiil! Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong ya Allah! Bantulah aku ya Allah! Apalah yang ada pada diriku yang teramat-amat kerdil ini!" Saya menangis-nangis tanpa henti. Saya berasa amat-amat lemah. Tiada kekuatan selain kekuatan Allah yang bersama saya. Jika tiada iman di hati, boleh saja saya tinggalkan adik kecil ini, atau membunuh diri, atau membunuh bayi ini.

"Mujahid, doa tanpa usaha itu amalan sia-sia." Terngiang-ngiang pesan abi kepada saya suatu ketika dulu. Sambil mengendong adik saya dengan erat, saya meredah kesejukan malam untuk mencari apa saja sumber untuk menenangkan adik. mungkin dia lapar. mungkin dia takut. Ya Allah, tolonglah aku.

"Pstt!!" tiba-tiba terdengar suara seseorang seolah-olah memanggil saya secara berbisik. Saya menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Saya meneruskan perjalanan.

"Psst!! hey budak kecil! Ke kanan kamu!" Saya terkejut dan mengikut arahannya agar memandang ke kanan. Kelihatan seorang wanita berjubah dan berhijab berlindung di sebalik bangunan kedai-kedai. Saya menuju ke arahnya.

"Ke mana kamu nak pergi dengan bayi yang menangis begitu? Askar zionis masih berkawal di sini! Mari ikut mak cik!" Makcik itu lantas menarik tangan saya dan berlari menuju ke sebuah bangunan. Dalam bangunan itu terdapat puluhan orang kampung saya. Ada yang sedang mengaduh kesakitan akibat cedera parah. Ada yang sedang tidur lena. Ada yang sedang membaca Al-Quran dan ada yang sedang bersolat.

"Nama makcik, Amna. Di sini tempat persembunyian kebanyakan tentera Allah. kebanyakan mereka sedang bertugas di waktu ini. Mari sini adik kamu itu, biar makcik susukan. Dia pasti lapar." Saya menyerahkan Syahid kepada makcik Amna. Simbahan lampu pelita menyinari wajah makcik Amna dan Syahid. MasyaAllah kecilnya Syahid. Wajahnya masih merah lagi.

"Kasihan, baru dilahirkan saja sudah menjadi yatim piatu. Alhamdulillah, Allah selamatkan anak Palestin ini, pasti jadi pejuang agama suatu hari nanti, insyaAllah."

Saya mengaminkan doa makcik Amna. Makcik Amna memasukkan Syahid ke dalam jubahnya untuk menyusukannya.

"Ajaib sungguh budak ini masih hidup walaupun seharian tidak makan." Saya lihat wajah makcik Amna mengukirkan senyuman yang indah. Ya Allah, mulianya hati wanita ini. Kau berkatilah hidupnya.

"Ya Mujahid.." Saya terkejut mendengar makcik Amna memanggil nama saya.

"Macam mana makcik tahu nama saya?"

"Makcik merupakan sukarelawan di sini, untuk merawat dan menyediakan keperluan-keperluan pejuang-pejuang Palestin dan mangsa-mangsa perang yang lain. Makcik kenal dengan abang kamu, Umar, Ibrahim dan Khalid. Mereka sempat bertemu dengan makcik sebelum ditahan zionis. Makcik belum dapat apa-apa berita lagi tentang mereka. Yang pasti abang-abang kamu mahu kamu dipelihara makcik dan mahu kamu membesar dengan para mujahideen. Mahukah kamu menyertai mereka?"

"Allahuakbar! Mestilah makcik! Saya tinggal sebatang kara dan saya juga tak pasti bagaimana saya nak membesarkan adik saya ni. Terima kasih, makcik! Hanya Allah yang boleh membalas jasa baik makcik!" Makcik Amna memeluk saya. Saya berasa bersyukur betapa Allah telah melapangkan kesempitan saya. Allah memberi ketenangan dalam hati saya saat saya sudah kehilangan anggota keluarga. Allah menemukan saya dengan makcik Amna di saat saya buntu ke mana arah tuju hidup saya dan Syahid.

"Kau memang kuat. Sabarlah anakku. Hidup di dunia ini hanya sementara. Kau tahu ke mana kau menuju, dan insyaAllah makcik akan selalu doakan kau tiba ke destinasi tujuanmu."

Airmata saya tak dapat ditahan. Seperti dulu, cita-cita saya masih kuat. Saya akan bebaskan Al-Aqsa dengan darah, jiwa dan raga saya! Usia yang Allah kurniakan kepada saya tak akan saya sia-siakan! Saya lahir di tanah anbiyaa' yang mulia maka saya akan muliakannya dengan islam dan mengusir musuh Allah dari bumi ini!

Tiba-tiba keadaan dalam bangunan menjadi huru-hara. saya mendengar bunyi letupan bom yang dahsyat di luar. Semua yang berada dalam bangunan berlari lintang-pukang menyelamatkan diri. Makcik Amna memegang erat tangan saya dan kami berlari tanpa arah tuju. Tujuan kami hanya satu, mahu menyelamatkan diri. Dalam pekat malam yang haru-biru, secara tidak sengaja saya terlepas daripada genggaman erat makcik Amna. Saya menjerit-jerit nama makcik Amna. Namun keadaan yang hiruk-pikuk menyebabkan suara saya tenggelam dalam ramai. Saya terus berlari dengan hanya ada Allah dalam hati.

"Hoi budak! Nak lari ke mana?" Ada suara di belakang saya. Saya menoleh dan mendapati ada lelaki bertubuh tegap, memakai pakaian tentera zionis, wajahnya bengis sekali. Di tangannya ada sebuah senapang bermuncung panjang. Hati saya menjadi takut. Saya cuba berundur dan berlari ke arah yang lain namun rupanya saya telah dikepung.

Saya bagai seekor tikus yang sedang dikelilingi kucing-kucing jalanan yang lapar. Perut saya merasa kecut, amat kecut. Jantung seakan sudah tidak berdenyut lagi. Segala urat saraf menjadi sangat tegang. Masa seakan telah berhenti. Pergerakan saya sudah tersekat, sesungguhnya. Adakah malam ini merupakan malam terakhir saya di muka bumi ini?

Ya Allah..selamatkan aku..sekiranya aku mati, biarlah aku mati sebagai syahid!